|Anis Zahirah Azman|Batu Pahat,Johor|

DEDIKASI

Adikku,

Kau kenal aku kerana pertalian kita bukanlah rahsia,
Lantas izinkan aku mengirimkan bingkisan ini buatmu.

Kesakitanmu adalah kesakitanku,
Kebahagiaanmu adalah kebahagiaanku.

Maka adikku ketahuilah,
Kadang kita manusia ini lupa dan alpa,
Kerana itu sememangnya lumrah kita,
Namun mengertilah adikku,
Allah itu tak akan melupakan hamba-hambaNya,
Terlempar suatu ujian buatmu kerana gagal mencapai keinginan,
Sedang rahsia Allah itu mungkin tak kau mengerti,
Malah hikmahnya belum kau sedari,
Suatu saat nanti kau pasti tersenyum dengan perancanganNya.

Ombak lautan belum kau tempuhi,
Hempasan badai masih belum kau rasai,
Maka bersabarlah,
Angin kencang ini terlalu biasa,
Untuk kau berputus asa,
Di depan sana tak kau jangkakan,
Ada lebih banyak dugaan tak terduga,
Di tambah lautan manusia yang penuh angkara,
Dan tersakiti hati kau hingga kau berduka.

Ingatlah,
Allah tetap pendengar yang paling setia,
Cinta yang paling bermakna,
Yang sedia membuka matamu dan berada di sampingmu,
Sebelum kau sempat bersyukur, Dia telah memberkati.

Iman yang turun naik ini bersama kita jaga,
Kita sayang ummi dan ayah tanpa batas usia,
Semoga tergolong kita anak solehah mereka,
Menjadi umat Muhammad kebanggaannya,
Hamba Allah bakal ahli syurgaNya.


Salam sayang,
Akak yang cantik. (Sorry, akak hack :P)


Small Cute Hot Pink Pointer
 
|SAPPHIRE'S @ Sajoha|